KISAH HAMPIR DILANGGAR KERETA API DAN DUA WANITA 'BERMESRA' MENJADI VIRAL
***SATU gambar mampu memberi seribu pengertian.
#Dalam satu gambar yang kini menjadi viral, aksi dua wanita ‘bermesra’ di khalayak ramai kini telah menjadi viral.
#Puncanya, kebanyakan individu yang mula-mula melihat gambar tersebut pasti akan memfokuskan kepada aksi dua wanita berkenaan.
#Ianya berbeza dengan perspektif lelaki yang memuat naik gambar tersebut, Nelson Felippe.
#Menerusi status Facebook Nelson memuatnaik gambar ini besertapoint berbunyi:
#“Saya bukan seorang prejudis. Saya rasa manusia bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu, tetapi menjadi saksi kepada perkara sebegini sangat tidak masuk akal.
#Apa yang manusia lakukan dalam kehidupan peribadi mereka itu adalah hal mereka namun apa yang mereka lakukan di tempat awam membimbangkan saya.
#Saya tidak mahu katakan ini satu perkara biasa, ianya bahaya, bagaimana sekiranya berlaku kemalangan atau lebih teruk berlaku kematian? Siapa perlu dipersalahkan?
#Apa yang akan berlaku jika kanak-kanak melihat perkara sebegini? Mereka akan berpendapat ini adalah perkara normal untuk berdiri melebihi garisan kuning ketika menunggu kereta api.
#Jadi jangan jadi seperti lelaki itu. Contohilah wanita tersebut.”
#Bikin suspen je kan? Rupanya Nelson memuatnaik gambar ini untuk menegur perbuatan lelaki yang melakukan perkara berbahaya di stesen keretapi dan bukannya menegur perlakuan dua wanita yang selamba bercumbu itu.
#Kelainan pendapatnya nyata telah menarik perhatian orang ramai hingga menyebabkan gambar itu menjadi viral.
#Memang bijak cara Nelson menilai sesuatu kerana dia tidak bertindak melulu dan cuba menjadi positif.
#Tapi dari sudut moral seharusnya kita menilai bahawa kedua-dua perbuatan yang diperkatakan dalam gambar ini tetap salah okey!
0 comments :
Post a Comment