Projek Terusan Karat Akan Menjadikan Semanjung Malaysia Sebuah Pulau ??



Tersebar di laman sosial beberapa gambar pertemuan antara wakil pihak Thailand dan China dalam memeterai perjanjian persefahaman (MoU) diantara kedua-dua pihak bagi membuat Terusan Karat di Thailand yang bakal 'memisahkan' Thailand dengan Malaysia.

Dilaporkan Thailand dan China bersetuju melaksanakan projek gergasi itu, namun tidak diketahui bilakah projek itu bermula.


Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Karat yang dicadangkan ialah 102 kilometer, 400 meter lebar, kedalaman sedalam 20 meter dan dibina untuk laluan dua hala.

Menurut sumber, setelah Terusan Karat itu siap, kapal-kapal dagang antarabangsa tidak perlu lagi melalui Selat Melaka, Malaysia dan Singapura.

Dengan pembinaan terusan ini, ia dijangkakan dapat memendekkan jarak sekurang-kurangnya 1,200 kilometer selain dari menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan serta menjimatkan jumlah hari untuk kapal-kapal dagang antarabangsa untuk berlayar. Terusan Karat itu juga akan menyelamatkan kapal-kapal dagang dari ancaman lanun di Selat Melaka.


Menurut penganalisis industri, selepas Terusan Karat siap, ia akan menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara-negara berhampiran.

Bagaimanapun, projek Terusan Karat ini dilihat akan menjejaskankan ekonomi Malaysia, Singapura dan Indonesia. Namun, yang paling teruk terjejas ialah Singapura.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment