Minta Cerai Kerana Suami Terlalu Baik



Suaminya Terlalu Baik, Tetapi Wanita Ini Tuntut Cerai. Kenapa Ya? | Seorang wanita meminta cerai daripada suaminya kerana lelaki itu ‘terlalu baik dan amat bertanggungjawab.’

Menurut laporan akhbar ‘Al Bayan’, wanita itu memberitahu Mahkamah Keluarga di Kaherah, suaminya sebelum ini suka berjenaka dan aktif.

Tetapi, selepas berkahwin, suaminya berhenti merokok dan tidak lagi berjaga hingga lewat malam seperti lelaki muda lain.

Menurutnya, dia bersetuju untuk berkahwin kerana mahu melepaskan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkongnya.

Namun, selepas berkahwin dia menjadi tahanan di rumah kerana suaminya enggan keluar dengannya.

“Perkahwinan saya bertahan dua tahun tetapi saya sangat sedih dan tertekan. Kerana itu saya mohon mahkamah membenarkan saya cerai,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment