Setelah Diambil Keterangan Dan Ujian Air Kencing Pemandu Myvi Dibebaskan



>KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah membebaskan pemandu wanita Produa Myvi yang terbabit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di atas lebuhraya DUKE kelmarin.

Pemandu tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan dan ujian air kencing dilakukan.

#Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Pihak kami ada menerima tiga laporan polis dari tiga orang pemandu Produa Myvi yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam."

"Keterangan semua pihak sudah dirakam termasuk seorang saksi kejadian dan siasatan akan mengambil kira semua keterangan berkenaan.

"Kami memandang serius kes kemalangan ini dan siasatan dijangka selesai minggu depan," katanya dipetik Harian Metro.

Dalam kejadian semalam tiga sekeluarga termasuk seorang bayi enam bulan maut selepas kereta yang dipandu mereka terbabas akibat dirempuh oleh dua buah kereta Myvi yang sedang berlumba dia atas DUKE.

#Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka yang berusia enam bulan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).<
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment