Video Myvi Kuning : Foto Dan Butir Peribadi Pemandu Didedahkan


SEKALI lagi kemalangan maut yang membabitkan sebuah kereta perodua Myvi ‘kuning’ berlaku!

Kali ini di Putrajaya pula pada sebelah pagi tadi.

Mangsa, Affendi bin Aziz, 36, dipercayai merupakan pekerja Hotel Pullman Putrajaya Lakeside maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang dinaikinya dilanggar Myvi di lampu isyarat simpang empat berdekatan Pullman di jalan Presint 5.

Menerusi rakaman kemera litar tertutup (CCTV), mangsa kelihatan melambung selepas dilanggar di lampu isyarat terbabit.

Pemandu kereta Myvi itu, Noorazira Tajudin, 30, bekerja sebagai Juru-ukur Bahan tidak mengalami sebarang kecederaan.





Wanita itu dikatakan dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah melanggar mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.33 pagi ketika mangsa hendak ke tempat kerjanya dan kini polis masih lagi melakukan siasatan.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment