NAHAS DUKE : Celica Club Malaysia Sumbang RM10,000



KUALA LUMPUR – Nasib dua beradik yang kehilangan ibu bapa dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) baru-baru ini terus mendapat perhatian ramai terutama daripada kelab-kelab kereta.

Terbaru, beberapa wakil kelab kereta Celica Club Malaysia menziarahi dua beradik tersebut dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM10,000 kepada Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Akila.

Presiden Celica Club Malaysia, Marko Tung berkata, ahli-ahlinya sangat bersimpati dengan nasib dua beradik tersebut dan berjaya membuat kutipan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan.

“Kami akan mengambil berat dalam perkara ini kerana insiden tersebut memberi kesan ke atas semua kelab kereta dalam pelbagai cara.

“Sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan oleh ahli kami dalam hanya tempoh beberapa hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kemalangan itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada perbuatan beberapa ahli sebuah kelab kereta Myvi berlumba haram di lebuh raya berkenaan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment