BIADAP !! Lelaki Myanmar Ajak Bini Orang Main Kantoi !!

Sekadar Gambar Hiasan


Tindakan lelaki Myanmar mengajak seorang suri rumah untuk melakukan hubungan se-ks akhirnya dibalas dengan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T.Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan se-ks dengannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.

Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment