Biar Betul ?? Kebanyakan Kafe Makan Di KLiA Dan KLIA2 Tiada Sijil HALAL !!!


#Hanya 27 daripada 128 kafe di lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur yang mempunyai sijil Halal yang diiktiraf oleh Jakim.

*“Sijil pengesahan halal perlu dipamerkan, untuk rekod di KLIA terdapat 62 outlet keseluruhan, namun hanya 15 ada sijil halal dan di KLIA2 terdapat 66 outlet dan hanya 12 yang telah dapat sijil halal,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika menjawab soalan Datuk Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan-BN).

Ahli Parlimen Kalabakan bertanya adakah semua restoran dan kafe di KLIA dan KLIA2 sudah memperoleh sijil halal daripada Jakim di Dewan Rakyat hari ini.

Namunpun begitu, jelas Jamil lagi hampir keseluruhan restoran berangkai di KLIA dan KLIA2 mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jakim.

“Status restoran beroperasi di KLIA dan KLIA2 kini kebanyakan kafe telah mempunyai sijil halal Malaysia dan kafe restoran berangkai seperti Kenny Rogers, Chicken Rice, Nandos , McD, KFC, Marry Brown, Starbuck, Burger King, sudah mempunyai sijil halal Jakim,” katanya.

*Oleh itu, Jamil berkata beliau berharap pengguna Muslim agar bijak memilih kafe dan restoran yang mempunyai sijil pengesahan halal Jakim.

#“Pengguna diajak memilih kafe yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jakim,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment