Ohh... Inilah Sebabnya Kenapa Bangla Selalu Berpegang Tangan


“HARI INI SAYA KENA SEKOLAH DEK BANGLA”

#Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berjalan dengan gaya berpegangan tangan bila bersama kawan lelaki.

*Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau g@y?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.

“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan g@y. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua g@y. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar.

Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan.

Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami g@y”.

*Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu “G@y” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain.

#Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment