Penebangan Pesawat MH1079 Tergendala, Ini Punca Sebenar


Sepang: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman satu bulan penjara ke atas lelaki warga Jerman selepas mengaku bersalah ke atas dakwaan membuat gangguan dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), Sabtu lalu.

Tertuduh, Dietmar Ross, 54, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa melakukan kesalahan pada 9 Mei lalu pada 11.45 malam ketika dalam pesawat penerbangan MH0179 dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka.

Tertuduh dituduh dengan cuai membahayakan anggota kru penerbangan udara iaitu Phuah Soh Kin, 48, dengan meninggikan suara dan tidak mengikut peraturan dalam pesawat serta mengeluarkan kata kesat terhadapnya.

Dietmar yang juga ahli perniagaan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 70 (1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1969 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 188 (7) di bawah Peraturan sama.

Hukuman disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya B Umadevi dan tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh.

Hakim Aizatul Akmar Maharani menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditahan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment